Wednesday, October 27, 2010

dvd minggu ini - tropic thunder

yeahhhh baru2 ni aku sempat lalu di videoezy & tnampak dvd ini. RM47 beb ! murah tu. aku dah tgk movie ni di wayang & download di torrent. tapi disebabkan aku suka gila & nak kan kepuasan menonton yang maksima, aku sanggup beli dvd ini (sssshhh...aku ckp kt bini aku dvd ni ofis mate aku punya)

ok, tropic thunder ! sebuah filem aksi komedi yg membolehkan aku gelak macam haram! hahahaha ! citer ini berkisah ttg sebuah produksi hollywood yang nak bikin sebuah filem perang base on novel seorang askar veteran di Vietnam. tapi masa shooting, semua pelakon2 utama filem ini buat perangai ngada2 & diva mereka sampaikan producer naik angin.demi selamatkan filem & kariernya, sang director pun lakukan 1 pekara drastik iaitu membawa semua pelakon2 ini ke tengah hutan vietnam jauh dari resort mewah & agent cium punggung mereka itu dan shoot filem itu scara gerila.maka, berlakulah peperangan yang sebenarnya! wahahahaha !

filem ini amat sesuai pada mereka yang perlukan gelak tahap dewa & amat sesuai ditonton bersama-sama geng serumah & sebilik terutamanya lelaki. walaupun lawak dia tu banyak mengkritik industri Hollywood itu sendiri, tapi kalau orang yg tak familiar dgn industri pun pasti akan gelak ketawa.

petikan dialog paling cilako - Kirk Lazarus : I don't read the script. The script reads me.

No comments:

Post a Comment