Friday, October 29, 2010

buku minggu ini - if tomorrow comes



If Tomorrow Comes. Salah satu karya terhebat oleh mendiang Sidney Sheldon, yakni penulis novel Amerika yang aku kagumi. Dia ni sangat genius dan hebat, sesuai dengan susur galur Yahudi Russia dia. Kebanyakkan novel tulisan mendiang ini telah diadaptasi kepada drama siri & juga filem. Menurut majalah BAPAK AKU(sebuah majalah yg belum diterbitkan lagi) dia adalah ayah segala novel crime & juga thriller. Barang sesiapa nak tulis novel genre macam tu kena mintak izin dgn dia ni dulu. Kalau susah sangat, kena baca dulu semua novel dia barulah boleh menulis. Kalau tak..mmg korang tak cool!

Sinopsis pendek mengenai novel ini: If Tomorrow Comes mengisahkan ttg Tracy White yang telah di frame oleh sebuah geng mafia sehingga memaksa dia untuk membalas dendam dan menjadi con artist!

(Yeah con artist ! sebuah profesion yg aku minati tapi tak berani nak buat)

Sidney sungguh bijak dalam penulisannya. Ayat visualnya sungguh seksi dan licik sehingga membuat kita tak tahu apa akan terjadi seterusnya. Development story ini sangat detail & mendebarkan. Tiada plot yg longgar atau pun mudah. Aku cukup suka chapter ketika Tracy menjadi con artist & berjaya menipu 2 pemain chess terhandal dunia dalam sebuah permainan chess. Dia bermain dgn 2 pemain chess itu serentak dan berjaya memenangi 2 permainan itu sekali gus. memang genius ! 

Hahaha korang kena baca buku ini untuk tahu bagaimana Tracey lakukannya & kesudahan cerita ini !

Buku ini boleh didapati di MPH ataupun BORDERS dgn harga RM34.90.



dvd minggu ini - 500 days of summer



500 days of summer. Sebuah filem romantik arahan Marc Webb yg byk direct video clip & short movie.
Logline citer ini ialah ~ An offbeat romantic comedy about a woman who doesn't believe true love exists, and the young man who falls for her.


Aku bukan peminat tegar filem romantik tapi apa yg aku suka ttg cerita ini ialah permainan visual & musiknya yg indah. Terdapat byk shot2 video clip di dalam cerita ini dan transition antara babak amat menarik. Ia satu gabungan musik & visual grafik yang mantap & cool. Aaaa sapa2 yg minat grafik pasti akan jatuh cinta dgn filem ini. Jalan ceritanya agak simple tapi ok lah. Tiada plot yg longgar & aku cukup suka tgk Zooey Deschanel yg sungguh kiut itu. Zooey, kalau ko baca review aku ini..sila message aku ye bebeh?

Aku sarankan bg sesiapa yg nak layan mood romantik dgn anak isteri di rumah ataupun awek korang, silalah beli dvd ini dipasaran.

Wednesday, October 27, 2010

dvd minggu ini - tropic thunder

yeahhhh baru2 ni aku sempat lalu di videoezy & tnampak dvd ini. RM47 beb ! murah tu. aku dah tgk movie ni di wayang & download di torrent. tapi disebabkan aku suka gila & nak kan kepuasan menonton yang maksima, aku sanggup beli dvd ini (sssshhh...aku ckp kt bini aku dvd ni ofis mate aku punya)

ok, tropic thunder ! sebuah filem aksi komedi yg membolehkan aku gelak macam haram! hahahaha ! citer ini berkisah ttg sebuah produksi hollywood yang nak bikin sebuah filem perang base on novel seorang askar veteran di Vietnam. tapi masa shooting, semua pelakon2 utama filem ini buat perangai ngada2 & diva mereka sampaikan producer naik angin.demi selamatkan filem & kariernya, sang director pun lakukan 1 pekara drastik iaitu membawa semua pelakon2 ini ke tengah hutan vietnam jauh dari resort mewah & agent cium punggung mereka itu dan shoot filem itu scara gerila.maka, berlakulah peperangan yang sebenarnya! wahahahaha !

filem ini amat sesuai pada mereka yang perlukan gelak tahap dewa & amat sesuai ditonton bersama-sama geng serumah & sebilik terutamanya lelaki. walaupun lawak dia tu banyak mengkritik industri Hollywood itu sendiri, tapi kalau orang yg tak familiar dgn industri pun pasti akan gelak ketawa.

petikan dialog paling cilako - Kirk Lazarus : I don't read the script. The script reads me.